AutoCAD Electrical : Project Manager

biasa electrical schematic terkandung beberapa drawing. tak macam drawing mekanikal atau floor plan. drawing electrical biasa nya lebih dari 10 drawing. dan semua drawing ni berkaitan sesama sendiri.

dan semua drawing tu dimasukkan dalam satu project file supaya dapat wujudkan link antara kesemua drawing berkenaan.

 

AutoCAD_electrical_projMan
project manager

bende pertama sekali sebelum start draft guna AutoCAD Electrical adalah dengan load project file dalam Project Manager ni. biase nya orang guna balik je project file yang sebelum berbanding create file project baru. sebab setiap kali create file project yang baru, banyak setting yg  perlu ditetapkan. jadi nk memudahkan kerja, setup sekali je, pastu copy paste bila nk guna lagi.

okay untuk kemas kan kerja, create satu folder nama schematic tu. dalam contoh aku ni, folder ni nama nya ‘11RBS-Bus Section_’

 

AutoCAD_electrical_folder.JPG
folder

Nampak tak apa dalam kotak merah tu? ada 3 file kt situ. yg pertama ‘AEPX File’, yang kedua ‘WDP File’, yang terakhir adalah ‘WDT File’. ( dalam post seterusnya aku akan huraikan secara terperinci apa bende 3 file ni)

tiga2 file ni adalah project file schematic ni. kalau korang create baru project file kat AutoCAD Electrical, die akan automatic keluar tiga2 ni. korang boleh rename nama tiga2 file ni ikut nama yg korang nak. okay lepas tu copy url folder.

 

AutoCAD_electrical_CopyURL
copy url tu

lepas copy url, kembali kepada AutoCAD, pegi kat project manager tu.

 

AutoCAD_electrical_loadProj.JPG
load project file

ni kene ikut step by step. pertama sekali tekan button yg aku tunjuk kt anak panah tu, utk open project. kemudian pegi kt kotak hijau, paste url folder korang tadi, kemudian tekan ‘enter’, die akan bukak folder url tu, akhirnya jumpa lah file project, double click kt ‘WDP File’ utk load die. dan nama project tu akan muncul dalam list project manager tu.

 

AutoCAD_electrical_projList
Project list

dan semua drawing dalam project file tu akan muncul dalam list project manager ni.

 

AutoCAD_electrical_AddDwg
project drop down menu

right click kt project name tu, akan keluar drop down menu mcm gambar kt atas. kt drop down menu ni boleh la pilih nak tambah drawing ke, buang drawing ke, ketuk drawing ke, bengkok kan drawing ke.

 

okay selesai bab project manager ye

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s