Pengenalan AutoCAD Electrical

sebut je pasal AutoCAD semua dah familiar apa yang software ni mampu buat. hampir majoriti company kt Malaysia ni kalau nak draft guna bende alah ni. antara sebab nya kenapa AutoCAD popular adalah kerana diawal zaman peralihan dari drafting manual lukis kat atas kertas kepada drafting digital, lukis guna komputer, AutoCAD telah diperkenalkan. disebabkan hampir semua orang dah kenal apa tu AutoCAD, jadi tak susah nk gunakan software ni. cuma berapa ramai je orang tau guna versi electrical? mari kita kupas.

 

AutoCAD_electrical
AutoCAD Electrical

kalau nk diterangkan dengan mudah, AutoCAD versi electrical adalah tambahan kepada AutoCAD standard. jadi cara nak guna pun mudah je kalau dah biasa guna AutoCAD. cuma ada beberapa fungsi tambahan yang membuatkan versi electrical ni relevan untuk digunakan bagi industry electrical.

boleh je kalau nk draft electrical schematic ni guna AutoCAD standard, cuma segalanya kene lah buat manual. jenuh tu….

antara fungsi tambahan AutoCAD electrical.

 

AutoCAD_electrical_ribbon
ribbon menu untuk schematic

 

AutoCAD_electrical_symbollib
schematics symbol library

 

 

symbol ni bukan sebarangan symbol. kalau setakat lukis je memang semua boleh. tp symbol ni adalah intelligent block.

 

AutoCAD_electrical_intelSym
sebelum dan selepas block explode

Nampak tak apa yg ada dalam block symbol tu? semua attributes tu ada guna nya. akan diterangkan pada post seterusnya.

 

 

AutoCAD_electrical_reportGEN
report generator

report generator ni gunanya untuk dapat kan list wire lengkap dengan maklumat yang diperlukan contohnya, wire tagging, punca dan destinasi, dan jenis wire. ada beberapa lagi information yang boleh di generate guna fungsi ni.

 

AutoCAD_electrical_AEaudit
electrical audit

fungsi electrical audit ni sangat penting untuk cari dan kenal pasti sebarang human error dalam draft electrical schematic ni. contoh wire tak bersambung seperti yang dapat dilihat dalam gambar diatas. kalau dibiarkan, report yg di generate akan menghasilkan informasi yang kurang tepat. dan akan mengakibatkan kesalahan bila sampai ke manufacturing process.

 

AutoCAD_electrical_crossref
cross reference

dalam electrical schematics ni memang penuh dengan cross reference. kalau guna AutoCAD standard memang jenuh la nak check dan update cross reference ni. tapi sebab orang Malaysia ni kedekut, die rela check dan update manual. lantak kau lah. tapi kalau dengan AutoCAD electrical, bende ni semua AUTO.

 

itu hanya beberapa fungsi yang terdapat pada AutoCAD Electrical, ada banyak lagi sebenarnya even aku sendiri pun tak habis explore. tapi fungsi yang utama dah cukup untuk menghasilkan electrical schematic yang lengkap. akan dikupas satu persatu pada post yang akan datang.

kalau nak tau lebih lanjut tentang fungsi AutoCAD Electrical ni, rajin2 lah follow blog ni ye.

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s