Pengenalan Solidworks Electrical

software solidworks ni lebih dikenali kerana boleh hasilkan drawing 3D, ada banyak software macam solidworks ni, contoh nya macam Autodesk Inventor, Catia dan sebagai nya.

Tapi mungkin ramai tak tau ada solidworks electrical. apa bende ni ye? ni yang aku nak cerita ni.

solidworks_electrical1
Solidworks Electrical

software ni digunakan khas untuk draft electrical schematics. ada beberapa softwares lain yg boleh buat bende yang sama contoh mcm AutoCAD Electrical, tapi apa kelebihan solidworks electrical ni dibandingkan AutoCAD electrical? kalau dari segi harga, AutoCAD electrical jauh lebih murah dari solidworks electrical. Range harga AutoCAD electrical dalam RM15k (kalau tak silap), dan harga solidworks electrical dalam RM30k. mahal gile kan? tapi disebalik tu apa kelebihan die?

Kalau nak diceritakan semua dalam satu post memang agak mustahil sebab banyak perbezaan die, dari sudut penggunaan dan fungsi. tapi utk post kali ni aku cuma ceritakan serba ringkas.

kelebihan yang paling ketara software ni adalah, integration antara schematics 2D kepada drawing 3D. pengalaman aku kerja dalam bidang electrical services dengan TNB ni banyak jumpa masalah dimana agak susah untuk kekal kan kesinambungan antara design schematics dengan manufacturing documents. sebab design selalu berubah. kalau sekali draft terus approve tak pe la. ni berpuluh kali ubah design, jadi segala related document kene update sekali. tambah pulak segala document yg berkaitan tu banyak gile. memang tak mampu nk pegi cari satu2 file dan update. mati woi.

salah satu masalah nya, dalam design nk pakai barang A, kemudian tiba2 nak pakai barang B. bila barang dah berubah, mesti la sambungan wayar die akan berubah, dan panjang wire akan berubah sama. cara nak tentukan panjang wayar yg biasa diamalkan kebanyakan syarikat kt Malaysia ni adalah dengan mengukur secara manual. wireman yang berpengalaman mesti tiada masalah nk ukur panjang dengan tepat. tapi yg menjadi masalah besar bila berkali2 nak ukur dan potong wayar. jadi cara nk elak kene buat kerja berkali2 biase nya design team akan cuba utk elakkan perubahan ketara dalam design mereka setiap kali design yg sama akan digunapakai. cuma, agak mustahil utk bantah permintaan pelanggan.

penyelesaian yang boleh didapati dengan solidworks electrical ni, bila design berubah, segala document yg berkaitan akan berubah sama.

solidworks_report
contoh report utk panjang wayar

report senarai wayar, lengkap dengan punca wayar dan destinasi wayar, dan panjang wayar. semua ni hanya perlu di generate. mudah kan? jadi rilek je berapa ratus kali pun pelanggan nk ubah design. manufacturing team pun mudah buat kerja.

setelah schematic telah dikemaskini, hanya pergi kepada lukisan 3D,

solidworks_electrical2.jpg
fungsi utk wire routing

dan run wire route, kemudian

wiring3
wayar keluar dalam lukisan 3D setelah di generate

wayar akan keluar di lukisan 3D. mudah kan?

ada banyak lagi kegunaan softwares ni, aku akan update cara nk guna satu persatu nanti. kalau berminat, teruskan follow blog ni.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s