Solidworks Electrical : Setup Database

Bende pertama sekali nak guna solidworks electrical ni adalah setup database die. yang ni memang paling penting.

pertama sekali kene install SQL Server Express. version express ni free je. boleh download kt sini. kalau dah ada boleh skip step ni.

https://www.microsoft.com/en-us/sql-server/sql-server-editions-express

step utk install SQL Server express ni boleh cari kat google. kalau tak jumpa jugak, bagi tau aku. aku create satu post khas utk tunjuk cara2 nk install bende ni.

lepas siap je install SQL Server express, baru boleh install Solidworks Electrical.

masa installation dah kene setting betul2. yg ni option utk Electrical sahaja.

solidworks_install2.jpg
installation

korang akan jumpa bende ni masa nk install software ni, ruang Collaborative Server ni kalau nk install untuk kegunaan company, nama die kene la isi nama server opis korang tu. tapi kalau sekadar nak guna utk persendirian biar kan localhost sahaja.

ruang Port Number tu jangan usik. biarkan default.

Utk SQL Server, ada 2 pilihan, samaada nk install server baru atau guna server yg dh sedia ada. untuk company, pilih use an existing SQL Server database, dan ruangan name tu letak la nama server opis. kalau persendirian, pilih install a new instance of SQL Server, dan nama die seeloknya letak la nama yg proper sikit. mcm aku ni aku letak nama localhost\SQLEXPRESS2.

Untuk password tu biarkan default.

seterusnya lepas installation dah berjaya, start solidworks electrical.

solidworks_AppSet1

pegi dekat tab Tools, kemudian ke button Application Settings. seperti yg ditunjukkan dalam gambar diatas

solidworks_AppSet2.JPG
Collaborative Server

ruangan Address tu die mintak nama Collaborative Server yang kita set mula2 masa nak install software ni tadi. dan ruangan Port biar kan die default.

solidworks_AppSet3.JPG
Database

ruang Application data folder tu untuk tentukan kat mana terletak nya segala file2 dan folder yang berkaitan dengan Solidworks Electrical.

ruang Folder containing projects tu biarkan default.

ruang Server name ni isikan nama server yg kita set masa installation. iaitu localhost\SQLEXPRESS2. Untuk company, isi kan nama server opis.

ruang Username biarkan default

ruang Password isi kan password yg kita set masa installation

solidworks_AppSet4.JPG
segala data Solidwork Electrical dalam folder local

mcm yg gambar kt atas tu, nampak tak semua folder berkaitan Solidworks Electrical ada kt dalam tu.

 

solidworks_AppSet5.JPG
Solidworks

ruang Solidworks 3D parts folder ni adalah untuk tentukan folder mana nk simpan 3D part solidworks nanti. so bila create 3D part nnt pastikan save kt sini.

yang kotak kt bawah tu biarkan tick semua.

okay selesai setting untuk software ni. kemudian kembali kepada tab Collaborative Server, dan tekan button connect. kalau tiada masalah die akan bagi notification connected. kalau tak, die akan keluar error. ada beberapa sebab kenapa error ni keluar. kalau korang ade masalah part ni, comment kt bawah, aku akan assist semampu aku.

bila selesai je setting ni, dh boleh start drafting guna Solidworks Electrical.

kalau ada apa2 kekurangan, sila bagitau ye. aku akan update nanti.

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s