Solidworks Electrical : Project and Document

topik hari ini kita akan cerita pasal Project dan Document. penting untuk faham struktur ni, supaya susunan file dalam project kemas dan teratur, disamping itu kita dapat pilih format file yang betul untuk sesuatu perkara. mari kita mulakan.

satu project terdiri dalam beberapa document. document ni termasuk lah beberapa drawing yang telah diwujudkan oleh user, contoh macam schematic diagram, line diagram, atau drawing yang di generate oleh solidworks electrical ni, contoh seperti terminal strips, report, atau document lain, seperti PDF dan file format .dwg. document dalam project ini disusun dalam folder dan books.

solidworks_Proj&Doc1
contoh struktur project

satu project boleh digunakan secara serentak oleh beberapa user (menggunakan server). segala drawing akan update secara realtime, namun satu drawing hanya boleh dibuka oleh satu user sahaja dalam sesuatu masa.

satu book memang akan di associate dengan location dan function. semua file dan drawing yang ada dalam book ni secara sendirinya akan di associate ke dalam location dan function ni.

senarai jenis file yang boleh ditambah dalam project :

cover page. muka surat ni hanya untuk muka depan sesuatu schematic, tiada sebarang fungsi electrical

wiring diagram. tujuan muka surat ni adalah untuk draw line diagram untuk menerangkan sesuatu cable dengan block diagram.

scheme. segala electical circuit akan dilukis secara fully electrical dalam muka surat ini.

mixed scheme. muka surat dimana dibolehkan untuk menggabungkan electrical circuit dan line diagram didalam muka surat yang sama.

terminal strip. muka surat ni yang di generate oleh software solidworks electrical jika terdapat terminal block dalam project.

report. Report dihasilkan berdasarkan data yang diambil dari schematic. senarai folio, senarai barang (BOM), cable report, senarai wiring dan sebagainya.

3D cabinet. lukisan 3D solidwork, untuk merealisasikan susun atur kabinet/panel.

2D drawing (Solidworks). drawing yang dihasilkan oleh solidworks selepas mewujudkan drawing 2D dari susun atur 3D.

file data dari luar boleh dimasukkan sekali dalam project, dalam pelbagai bentuk format seperti .dwg dan .dxf. File2 ini akan diuruskan oleh solidworks seperti file2 solidworks yang lain. file2 ini boleh die ubahsuai dan dicetak melalui solidworks electrical.

file yang lain format selain yang dinyatakan masih boleh ditambah dalam project tapi tidak boleh di preview dan diubahsuai menggunakan solidworks electrical.

secara ringkasnya itu sahaja yang perlu difaham oleh user sebelum memulakan drafting menggunakan solidworks electrical. kita sambung ke topik seterusnya lain kali.

pesanan penulis. agak susah untuk terjemah terminologi inggeris ke bahasa melayu, jadi untuk mengelakkan salah faham, penulis mengekalkan terminologi inggeris dalam penulisan. jika terdapat kekeliruan, dialu alukan komen dibawah. terima kasih

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s