AutoCAD Electrical : Create Project

Post sebelum ni kita bincangkan cara untuk load project ke dalam project manager. harini kita bincangkan cara untuk create project.

 

Cara ini boleh di aplikasikan jika tiada langsung contoh project yang boleh diguna kembali.

buka aplikasi AutoCAD Electrical dan pergi ke project manager.

ACADe_ProjMgr.JPG
Project Manager

tekan button ‘new project’ seperti ditunjukkan pada gambar diatas

ACADe_ProjMgr1
new project windows

nama project tu biasanya merujuk kepada sesuatu jenis panel, namun apa pun terpulang kepada anda untuk tentukan nama project tu.

location anda set ke lokasi folder yang sesuai.

nota : box ‘create folder with project name’ tu tidak perlu ditandakan jika anda sudah mencipta satu folder khas untuk project anda ni.

bahagian terakhir tu, anda boleh kosongkan jika tiada contoh project yang boleh dirujuk. jika ada, anda paste kan url folder project yang ingin dirujuk tu. ruang ini adalah untuk copy segala setting yang telah dibuat dalam project sebelum ini. jika tiada, anda perlu menetapkan semuanya dari mula hingga akhir.

ACADe_ProjMgr2.JPG
description

setting description ni adalah ruang dimana anda akan masukkan segala maklumat yang akan dipaparkan pada title text disetiap sheet dalam project anda tu nanti. kita biarkan dia kosong buat masa ni. klik ‘OK – Properties’.

ACADe_ProjMgr3a.JPG
Project Properties

Dalam Project Properties’ ni ada banyak setting yang perlu ditetapkan. buat masa ni saya hanya tunjuk setting yang standard. hanya untuk kefahaman anda yang baru mula belajar

biarkan sahaja dulu setting ni. kemudian di topik lain kita akan bincangkan dengan lebih terperinci. klik ‘OK’ untuk teruskan

ACADe_ProjMgr4.JPG

project baru anda berjaya diwujudkan. namun project ini kosong, tiada apa apa drawing lagi. kita perlu add drawing kedalam project ini.

ACADe_ProjMgr5.jpg

right click pada project itu untuk keluarkan drop down menu, dan pilih ‘add drawings…’

ACADe_ProjMgr6.JPG

seterusnya selepas anda tekan ‘add drawing’, AutoCAD Electrical akan paparkan folder project yang telah anda tetapkan mula mula tadi. seeloknya semua drawing yang berkaitan dengan project ini diletakkan didalam folder yang sama.

ACADe_ProjMgr8.JPG
add drawing

select drawing ingin ditambah kedalam project. kemudian tekan button ‘add’.

ACADe_ProjMgr9

pilih ‘yes’. setiap ACADe file mengandungi setting masing masing dan amat penting untuk apply project default kedalam setting drawing yang ingin ditambah kedalam project.

ACADe_ProjMgr10.JPG

drawing telah berjaya ditambah kedalam project. dan anda sudah boleh memulakan kerja anda menggunakan project yang telah anda wujudkan.

topik seterusnya adalah cara untuk update title text secara ‘project wide’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s