AutoCAD Electrical : Ribbon

Fungsi AutoCAD Electrical kebanyakannya sama sahaja dengan fungsi AutoCAD standard, cuma ada beberapa tambahan fungsi untuk electrical. perbezaan ini kita boleh lihat pada ribbon AutoCAD Electrical.

ribbon2.JPG

fungsi tambahan ni khas untuk drafting electrical. kalau ribbon ni tiada, anda boleh pilih di workspace yang disediakan.

nota : AutoCAD standard tiada workspace untuk ACADE

ribbon_workspace

Pastikan anda pilih ACADE & 2D Drafting & Annotation digunakan sebagai workspace anda. namun selepas ini jika anda sudah mahir, anda boleh mengubahsuai workspace tersebut menepati citarasa anda.

ribbon_scheme

untuk draft schematic, kebanyakannya kita akan gunakan tab schematic. segala fungsi draft electrical boleh didapati pada tab schematic ini. contohnya seperti masukkan simbol

ribbon_scheme_iconmenu.jpg

dalam icon menu ini terdapat segala electrical symbol. ada juga electronic symbol dan pneumatic untuk draft P & ID, namun untuk topik ini kita banyak focus kan kepada drafting electrical sahaja.

didalam library icon menu itu sudah terdapat beberapa contoh electrical symbol mengikut standard IEC. saya tak pasti untuk standard lain kerana kebanyakannya negara kita banyak gunakan standard IEC. dan electrical symbol yang terdapat dalam library ini boleh ditambah dan diubahsuai mengikut keserasian untuk digunakan di syarikat anda. tutorial untuk tambah dan ubahsuai electrical symbol akan saya buat dilain posting.

dan electrical symbol’s library ini ada beberapa sub-menu didalam nya, sub-menu itu adalah pecahan group untuk membezakan simbol mengikut kategori agar user mudah untuk mencari simbol yang diinginkan.

ribbon_scheme_iconmenu1.jpg

seperti ditunjukkan dalam infografik diatas, setiap simbol akan disusun mengikut group masing – masing supaya mudah dicari.

ribbon_scheme_wire.jpg

malah untuk lukis wire pun disediakan dalam AutoCAD Electrical. cara melukis wire seperti tiada beza anda lukis line dalam AutoCAD Standard, namun perlu diingat, wire yang dilukis menggunakan fungsi wire ini adalah line yang mengandungi properties didalamnya. tidak jelas? saya akan memperincikan bahagian ini di topik akan datang.

seperti yang dapat anda lihat, melukis line untuk wire pun perlu menggunakan fungsi AutoCAD Electrical, agar output yang diingini dapat dihasilkan dengan sempurna dan tepat.

ada beberapa fungsi lain yang boleh didapati dalam AutoCAD Electrical, saya beri anda peluang untuk explore sendiri.

dari semasa ke semasa saya akan tunjukkan setiap fungsi AutoCAD Electrical yang biasa saya gunakan agar dapat dimanfaatkan oleh pembaca.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s